(Answer bellow the questions)
1.If John's mother's is Jane . Then Jane is the _________ of John's mother.
2.A little girl kicks a soccer ball. It goes 10 feet and comes back to her. How is this possible?
3.A 10 foot rope ladder hangs over the side of a boat with the bottom rung on the surface of the water. The rungs are one foot apart, and the tide goes up at the rate of 6 inches per hour. How long will it be until three rungs are covered?
4.A is the father of B. But B is not the son of A. How’s that possible?
5.A man dressed in all black is walking down a country lane. Suddenly, a large black car without any lights on comes round the corner and screeches to a halt. How did the car know he was there?
6.A rooster laid an egg on top of the barn roof. Which way did it roll?
7.A truck driver is going down a one way street the wrong way, and passes at least ten cops. Why is he not caught?
8.An electric train is moving north at 100mph and a wind is blowing to the west at 10mph. Which way does the smoke blow?
9.How can a man go eight days without sleep?
10.How can you drop a raw egg onto a concrete floor without cracking it?
Answers!
1.name
2.Ever heard of gravity? She kicked it up.
3.Never. The boat rises as the tide goes up.
4.B is the daughter
5.It was day time.
6.It didn’t roll – since when did roosters start laying eggs?
7.Because he was not driving! He’s walking on the sidewalk.
8.There is no smoke with an electric train.
9.By sleeping during the night time
10.The Egg won’t crack the concrete floor!
Friday, 19 August 2016
Thursday, 18 August 2016
SJK(C) Tun Tan Siew Sin (Sean Yoong Yuan Kang)
Pada 28 September 2006, Menteri Pelajaran YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengumumkan bahawa sebuah sekolah Cina yang baharu, iaitu SJK(C) Tun Tan Siew Sin akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah tersebut terletak di Putra Heights, Selangor. Setelah pengumuman tersebut, pemimpin-pemimpin tempatan termasuk pemimpin PersatuanPenduduk yang diketuai oleh Encik Ho Min Khang dari Putra Heights telah bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran (TMP), iaitu Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 14 Januari 2008 agar SJK(C) Tun Tan Siew Sin dibina dengan secepat mungkin. Walaupun pertemuan telah dibuat antara pemimpin-pemimpin tempatan dengan TMP, tetapi pembinaan sekolah baru masih dalam penantian. Oleh itu, pemimpin-pemimpin tempatan yang terdiri daripada Encik Ho Min Khang, Encik Vincent Chen Soon Kiong dan Encik Teo Hup Boon pun menghantarkan memorandum yang mengandungi tandatangan 1200 orang daripada penduduk-penduduk tempatan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM) pada 23 Januari 2009.
Pada 23 Mac 2009, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tempatan Putra Heights iaitu EncikLim Kim Hwi, Encik Ng Boon Kheng, Encik Ho Min Khang, Encik Vincent Chen Soon Kiong, Encik Teo Hup Boon dan Puan Ng Choi Choi serta pemimpin-pemimpin MCA telah ditubuhkan. Encik Lim Kim Hwi telah dipertanggungjawab kan sebagai pengerusi bagi jawatankuasa tersebut. Walau bagaimana pun, pembinaan sekolah masih ditangguhkan. Pada1 September 2010, salah seorang pemimpin dari UMNO selaku Pengerusi Kota Raja menghantar surat kepada Menteri Pelajaran dengan pernyataan bahawa sebuah SJK(C) amat diperlukan di Putra Heights, Selangor. Dengan usaha daripada pelbagai pihak, akhirnya Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, selaku TMP mengumumkan bahawa Timbalan Menteri dan Menteri Pelajaran telah meluluskan pembinaan SJK(C) Tun Tan Siew Sin. Untuk memastikan pembinaan sekolah dapat dijalankan dengan lancar, Lembaga Pengurusan Sekolah SJK(C) Tun Tan Siew Sin pun ditubuhkan pada 9 Januari 2011. Pada masa yang sama, TMP menyeru jawantankuasa pembinaan menghantar lukisan pelan kawasan sekolah yang telah siap kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) supaya peruntukan dapat diberikan oleh KPM.
Pembinaan bangunan sekolah bermula pada bulan Mei 2011. Ketika kerja-kerja pembinaan sekolah dijalankan, ahli-ahli jawatankuasa pembinaan dan juga ahli-ahli Lembaga Pengurus Sementara SJK (C) Tun Tan Siew Sin telah diberikan tanggungjawab masing-masing. Encik Ho Min Khang bertanggungjawab atas sepanjang pengurusan pembinaan sekolah, Encik Ng Boon Kheng pula menguruskan hal berkaitan dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Vincent Chen Soon Kiong memantau tapak pembinaan, Encik Teo Hup Boon diberi tanggungjawab menguruskan kewangan, Puan Ng Choi Choi menguruskan segala dokumentasi manakala Encik Looi Eng Hwa pula berurusan dengan pihak kerajaan. Mereka sering bertemu dengan penasihat pembinaan supaya proses pembinaan dapat dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa pembinaan seperti Dato’ Lim Kim Hwi (Pengerusi), EncikHo Min Khang (NaibPengerusi), Encik Vincent Chen Soon Kiong, Encik Looi Eng Wah, Encik Teo Hup Boon serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain sentiasa memantau tapak pembinaan sekolah. Mereka berharap sekolah boleh dibuka mengikuti tarikh yang telah ditetapkan.
Pada bulan Oktober 2012, MPSJ menjalankan pemantauan tapak pembinaan dan telah mengeluarkan surat CCC pada 28 Disember 2012. Dengan adanya surat kelulusan daripada MPSJ, pendaftaran murid-murid baharu dapat dijalankan mulai 31 Disember 2012. Pada2 Januari 2013, SJK(C) Tun Tan Siew Sin mula beroperasi seperti yang dirancangkan. Lembaga Pengurus Sekolah telah membantu menyediakan kemudahan-kemudahan asas. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan PPD Petaling Perdana telah membekalkan beberapa orang guru dan Pegawai Tadbir yang cukup supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Mulai 2 Januari 2013, sekolah adalah di bawah jagaan dua orang Penolong Kanan Percubaan iaitu Pn. Soon See Mang (PK1) dan Pn Kung Chin Chin (PKHEM). Guru Besar yang pertama, Cik Look Kam Lin, hanya melapor diri pada 11 Mac 2013 setelah menerima surat pertukaran dari pejabat Timbalan Menteri Pelajaran. Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah dijalankan pada 18 Mei 2013.
Monday, 15 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)